15 Feb 2013

Jalan - Jalan : Legoland !




bokeh | Tumblr



Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh . Harini aku sangat dan teramat penat . Baru je balik dari Legoland, Jerman . Ok .. Jerman lah sangat . Kat johor je okay . Yelah, memandang hari ni aku sangat bosan . So, aku tanya kakak aku . 

" Kak, kau nak pergi Legoland tak ? Bosanlah . Jomlah . Aku call ayah eh ? "

Begitulah pertanyaan aku terhadap kakak aku yang lebih ketot dari aku . Dia on je . Aku pun call lah bapak aku yang tengah kerja tu . Dia pun tak marah . Kitaorang pun tunggu dekat rumah sampai bapak aku datang .

Actually, aku pergi dengan adik- beradik aku je . Dah sampai je, kitaorang pun terus menuju ke tempat masuk . Biasanya, kalau kitaorang masuk confirm main project X dulu . Kewajipan korang tau ! 



Beginilah rupanya . !


Bila terjun dia yang menjunam bagai nak gila !


Cuba korang tengok selekoh dia tu ? Mak oii !


Bila kitaorang masuk tempat beratur tu, dalam hati aku cakap " Ya Allah, janganlah ramai bebeno orang hari ni " Dan Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku . Tak ramai sangat orang yang tengah line-up . Aku pun tersengih bagai nak gila .

Bila dah habis naik project X . Kita orang naik roller coaster jugak . Tapi kali ni kitaorang naik naga . Actually, ada dua naga kat Legoland ni . Tapi aku prefer naik yang besar . Extrem sikit ! 


                                                

Pintu gerbang dia !


Dia punya rangka - rangka .


Peace kat camera !


Disebabkan aku ni budak terlampau rajin, kitaorang naik lah lagi sekali . Nasib baik tak ramai orang . Kiranya, tak payah beratur . Sebab, orang pun ciput je . Yelah, orang lelaki sembahyang Jumaat . 

Dan 2nd round kitaorang naik . Kitaorang pergi sekat sampan pulak . Tibalah masanya untuk kita mandi
Sampan dekat bahagian " Land Of Adventure


Land Of Adventure !


Huuu ! Basah Kuyup time tu . 



Lepas baju pun dah basah . Kitaorang melantak KFC sebab lapar gilerr . Aku pergi order " Colonel Chicken Rice " Kakak dengan adik aku pulak order " Snack Plate " . Dekat 1/2 jam jugak kitaorang melantak . 


Time to melantak bebeh !


Dan habis makan, kitaorang masuk balik Legoland tu . First sekali kitaorang main mug yang macam dekat Fun-Fair tu .


Pening , pening , pening !


Lepas pening - pening tu, kitaorang naik sekali lagi project X . Disebabkan malas nak pergi kawasan belakang tu, kitaorang pun main lah sampai 5 kali . Abang- abang pekerja tu pon sengih je . Lepas dah hujan, baru kitaorang keluar balik semula . Melantak Ice-Cream Nestle . Pastu baru call ayah suruh amik . Dan sekarang dalam mood kepenatan . Sekian sahaja ceramah saya untuk kali ini . Semoga kita bertemu kembali dalam rancangan " Jom Membebel Bersama Kak Jeti "






5 comments:

  1. besnya,nak masuk tuh kena bayar berapa yee?

    ReplyDelete
  2. Salam... Jika mahu menginap di homestay dgn harga sgt berpatutan dan selesa, boleh berkunjung ke Sufie Homestay Johor. Layari blog kami untuk maklumat dengan lebih lanjut http://sufiebiz.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Cik Eyra : Oh.. kalau tiket harian punya 100+ . Macam saya, beli annual pass sbb rumah dkat .

    ReplyDelete
  4. jealous nye!teringin nak pergi legoland :D

    ReplyDelete
  5. Shakira Pathi : In Shaa Allah, satu hari nnti awk akan pergi :)

    ReplyDelete