23 Feb 2013

Alhamdulillah . Walaupun Bukan Juara Tapi Kami Memang Juara !

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh . Sebelum tu, aku cuma nak bagi peringatan je kat korang yang nak baca entry aku pada kali ni . Aku cuma nak ingatkan yang entry ni agak panjang sikit . Bagi, siapa yang malas nak baca tu tak payah susah - susahka  diri korang untuk baca . Aku taip untuk pembaca setia blog aku sahaja . Kalau korang adalah golongan yang aku maksudkan tu, silalah baca . 

Ok . Macam korang tau perkembangan aku sekarang " alala, macam artis pulak nak berperkembangan " Aku ada buat entry tentang yang aku akan bertanding nasyid kat entry ni : Entry :
Yang belum baca tu, silakan baca . Sebenarnya, pertandingan nasyid tu berlangsung pada siang tadi . Dan keputusan pun dah dapat . Tapi aku bagitau dekat akhir entry nanti . Sekarang ni mari kita terus baca .

Sebenarnya, kitaorang bersiap untuk nasyid ni tak gempak sangat . Sebab kitaorang hanya ada masa 1 minggu je untuk berlatih . Kitaorang pun dalam hati cakap " boleh ke 1minggu je ? macam tak confident je boleh menang " Aku pun rasa macam tu jugak . Tapi, nak buat macam mana kan ? Kitaorang berlatih je . Sampai lah pada tahap yang agak memuaskan tapi kurang sikit lah .

Setiap petang kitaorang berlatih pukul 5:00 petang . Nasib baik cikgu sekolah agama memahami keadaan kitaorang dan dia pun lepaskan kitaorang untuk pergi sekolah pagi . Kitaorang amik masa untuk hafal lagu tu 2 hari . Masing - masing berusaha dengan gigihnya untuk menang . Masa hari 1 dan 2, kitaorang baru berlatih vokal je . Gaya, muzik dan persembahan belum lagi . 

Memandangkan vokal kitaorang ni kurang sikit . Cikgu pun kurangkan part yang suara dia kena tinggi . Hari yang ketiga pulak iaitu hari Rabu, baru kitaorang berlatih gaya, persembahan & muzik . Aku sebenarnya tak minat sangat nak main muzik, jadi aku tak tawarkan diri aku untuk jadi pemain muzik . Then, kitaorang berlatih sebaik mungkin .

Lagu kitaorang ada 2 . Lagu pertama rentak dia kena rentak " padang pasir " . Contohnya, macam lagu lagu yang macam sengau-2 sikit tu . Tapi takdelah sengan sangat . Lagu yang kedua pulak berentakkan 
" kontemporari " . Yang ni dia macam zaman ni punya irama lah . Aku suka jugak dengan lagu ke-2 tu sebab lagu yang pertama agak susah nak bawak sebab dengung dia tu kena betul .

Hari Khamis pulak kitaorang berlatih untuk selarikan muzik dengan lagu . Kalau tak nanti dia berterabur . Hrmm, bagi aku, nilah part yang paling susah . Penat doh, kena ulang je . Bila dah ulang, ulang, ulang . Baru lah kitaorang punya rentak dah boleh matching .

Hari Jumaat pulak kitaorang buat rehearsal lepas rehat . Time tu kitaorang badu gila part yang kena buat suara harmoni . Budak kelas aku dah menganjing aku dalam kelas . Nasib baik **** buat derk je . Aku pun macam tak layan je lah . Dan petang tu kitaorang tak buat sebarang latihan sebab simpan suara lah katekan .

Hari yang dinanti - nantikan iaitu hari Sabtu . Kitaorang kumpul dekat sekolah pukul 7:00 . Masing-masing siap-siap pakai tudung apa semua . Then, masuk kereta cikgu dan gerak dengan jantung yang berdegup macam usain bolt . Actually kitaorang lawan dekat SK Taman Mutiara Rini2 . Ada yang tau ? sudahh ! . Dan kitaorang pergi ke kantin dulu . Apa lagi, makanlah . Perut sudah menyanyikan lagu 

                       ♬ kosong, kosong, oh .... oh 

Dah habis makan kitaorang pergi ke dewan dia . Dengar lah ucapan lah perasmian lah apa apa lah . Tadah telinga je lah . Dah habis perasmian tu pertandingan nasyid tu pun dimulakan . Sebenarnya, sekarang yang take part untuk pertandingan nasyid ni ada 5 buah sekolah je . Kitaorang dapat no.4 . Untung lah jugak .
Tiba masanya kitaorang buat persembahan . Time tu memang tawakkal je banyak-banyak . Dan aku pun menyanyi dengan penuh confident . Time tu jugak aku jerit sikit sebab aku rasa mikrofon tu macam tak berfungsi, rupa - rupanya ... kuat bunyinya . Tu yang cikgu suruh jauh - jauh mikrofon tu . 
Dah habis semua persembahan semua sekolah kitaorang tunggu je kat dewan tu untuk majlis penutupan . Dekat 1jam jugak kitaorang tunggu . ☹ . Sunggu bosan ! Macam - macam aktiviti yang kitaorang buat . Posing lah, makan, minum, lepaskan hajat, dan of course nye mengumpat . Ok, aku takde kerja lain ..

Dah settle semua tu, tibalah masa pengumuman . Pengumuman nasyid last sekali . First, dia panggil tempat ke-tiga . Dia sebut " Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan An-Nur Iman " Aku tercari cari , ek ? sekolah siapa ek nama nur iman ? Pastu dia sebut nama sekolah aku . Oh, time aku aku tak sangka pulak dapat nombor 3 . Sebab dalam otak aku dah ter'set' yang kitaorang akan kalah . 

Tapi, dah rezeki kitaorang . Bersyukur sangat . Takdelah balik dengan tangan kosong . Dan sekarang kitaorang tengan tuntut janji dari cikgu untuk belanja KFC . Cikguu ! Janji Ditepati NAJIBB cikgu ! Ayat yang sering kitaorang gunakan. Ok lah . sekian sahaja entry aku yang agak panjang lebar untuk malam ni . Assalamualaikum .





1 comment: