" Kak, kau nak pergi Legoland tak ? Bosanlah . Jomlah . Aku call ayah eh ? "
Beginilah rupanya . !
Bila terjun dia yang menjunam bagai nak gila !
Cuba korang tengok selekoh dia tu ? Mak oii !
Bila kitaorang masuk tempat beratur tu, dalam hati aku cakap " Ya Allah, janganlah ramai bebeno orang hari ni " Dan Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku . Tak ramai sangat orang yang tengah line-up . Aku pun tersengih bagai nak gila .
Bila dah habis naik project X . Kita orang naik roller coaster jugak . Tapi kali ni kitaorang naik naga . Actually, ada dua naga kat Legoland ni . Tapi aku prefer naik yang besar . Extrem sikit !
Pintu gerbang dia !
Dia punya rangka - rangka .
Peace kat camera !
Disebabkan aku ni budak terlampau rajin, kitaorang naik lah lagi sekali . Nasib baik tak ramai orang . Kiranya, tak payah beratur . Sebab, orang pun ciput je . Yelah, orang lelaki sembahyang Jumaat .
Dan 2nd round kitaorang naik . Kitaorang pergi sekat sampan pulak . Tibalah masanya untuk kita mandi
Sampan dekat bahagian " Land Of Adventure "
Land Of Adventure !
Huuu ! Basah Kuyup time tu .
Lepas baju pun dah basah . Kitaorang melantak KFC sebab lapar gilerr . Aku pergi order " Colonel Chicken Rice " Kakak dengan adik aku pulak order " Snack Plate " . Dekat 1/2 jam jugak kitaorang melantak .
Time to melantak bebeh !
Dan habis makan, kitaorang masuk balik Legoland tu . First sekali kitaorang main mug yang macam dekat Fun-Fair tu .
Pening , pening , pening !
Lepas pening - pening tu, kitaorang naik sekali lagi project X . Disebabkan malas nak pergi kawasan belakang tu, kitaorang pun main lah sampai 5 kali . Abang- abang pekerja tu pon sengih je . Lepas dah hujan, baru kitaorang keluar balik semula . Melantak Ice-Cream Nestle . Pastu baru call ayah suruh amik . Dan sekarang dalam mood kepenatan . Sekian sahaja ceramah saya untuk kali ini . Semoga kita bertemu kembali dalam rancangan " Jom Membebel Bersama Kak Jeti "
besnya,nak masuk tuh kena bayar berapa yee?
ReplyDeleteCik Eyra : Oh.. kalau tiket harian punya 100+ . Macam saya, beli annual pass sbb rumah dkat .
ReplyDeletejealous nye!teringin nak pergi legoland :D
ReplyDeleteShakira Pathi : In Shaa Allah, satu hari nnti awk akan pergi :)
ReplyDelete