17 May 2012

Lihat Dinosaur Selain Main Air




 Pengunjung yang beriadah ke Taman Tema Air dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh, di sini, bukan saja dapat menikmati keseronokan bermandi-manda di situ, malah turut berpeluang melihat lebih dekat replika haiwan raksasa dinosaur yang pernah menghuni bumi ini jutaan tahun lalu.
Ini berikutan pusat pelancongan itu kini mempunyai tarikan terbaru iaitu Dinosaur Park yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Mei lalu, menempatkan beberapa replika spesies dinosaur seperti Tyrannosaurus, Triceratops dan Omeisaurus.

Jurucakap Taman Tema Air dan Resort Melaka Wonderland berkata, replika dinosaur dipamerkan di pusat pelancongan terbabit seberat 1,500 kilogram mempunyai ketinggian mencecah 4.1 meter dan panjang sehingga 10 meter, sekali gus membuat pengunjung berasa begitu teruja menyaksikannya.
Katanya, replika dinosaur itu juga dibina seakan sama dengan ciri-ciri yang terdapat pada dinosaur asal.

“Selain menikmati keseronokan bermain permainan air yang mencabar bersama keluarga serta dihiburkan lagi dengan maskot Melaka Wonderland, pengunjung juga berpeluang menerokai pengalaman baru yang pasti menyeronokkan di Dinosaur Park.

“Di Dinosaur Park pengunjung bukan saja boleh berasa teruja dengan bunyi-bunyian spesies terbabit, malah didedahkan dengan informasi mengenai spesies dipamerkan itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment