10 Apr 2012

Tanam Kaktus Pelik

Assalamuallaikum, hari ni nak cerita pasal kaktus sikit

TERKENAL antara lokasi taman tercantik di dunia, Chandigarh terletak di utara India saban waktu dikunjungi ramai kerana keunikan itu.

1)Cactus Garden 
Terletak di Panchkula dan kira-kira lapan kilometer dari bandar Chandigarh yang meliputi keluasan 2.8 hektar.

Lebih menarik kerana taman berkenaan turut menempatkan spesies kaktus yang jarang ditemui dan terancam.

Anda yang berkunjung ke situ pasti berpeluang menyaksikan hampir 3,500 spesies kaktus berbeza.

Dibina pada 1997, taman itu turut dilihat unik kerana terdiri daripada tiga rumah hijau.

Tarikan itulah yang membuatkan Cactus Garden menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat tempatan dan pelancong.

Taman itu dibina bagi memelihara spesies kaktus terancam antaranya genus caralluma, cacti dan succulents.

Cacti dan succulents bukan sekadar menawarkan kehijauan semula jadi malah mempunyai khasiat perubatan.

Bagi berkongsi maklumat dan pengalaman, pameran kaktus sering diadakan Mac setiap tahun.


2)Botanical Garden 

Terdapat dua taman botani di Chandigarh iaitu di Universiti Punjab dan satu lagi berada antara Rock Garden dan Sukhna Lake selain kedua-dua taman ini turut menjadi tarikan utama pelancong.

Taman botani di Universiti Punjab mempunyai kelainan tersendiri khususnya dari
segi tanamannya.

Pada satu sudut, anda berpeluang menemui kaktus dan tumbuhan berair, sementara di sudut lain pula, ia dilatari taumbuhan malar hijau serta eksotik.

Jika bernasib baik anda pasti dapat melihat bunga teratai yang mekar berkembang di taman itu.

Bagi taman botani di antara Rock Garden dan Sukhna Lake menjanjikan pemandangan indah dan memperlihatkan beberapa spesies jarang ditemui.


3)Bougainvillea Park

Meliputi keluasan lapan hektar, Bougainvillea Park itu mempamerkan pelbagai jenis bunga kertas.

Taman itu dibina pada 1976 dengan menawarkan pemandangan indah bougainvillea yang terdiri daripada kira-kira 65 spesies.

Dari jenis renek hingga menjalar, segalanya berkenaan bougainvillea dapat anda saksikan dengan pemandangan landskap menakjubkan.

Lebih membanggakan kerana pertunjukan bougainvillea tahunan sering diadakan di taman itu.

Trek atau laluan untuk kecergasan diwujudkan di taman itu untuk kemudahan pengunjungnya.


4)Rose Garden

Muncul antara taman ros terbesar di Asia dan dibina pada 1967 yang membabitkan keluasan 12 hektar.

Taman berkenaan menawarkan 1,600 spesies ros yang berbeza.

Suasana taman berlatarkan panorama indah dan berseri apabila ros yang ditanam di atas tanah mula berkembang.

Sementara ros yang melingkari beberapa binaan seperti pergola turut menjanjikan pemandangan indah.

Bukan sekadar itu kerana ada juga ros hibrid yang ditanam melalui tisu kultur.

Taman itu turut terkenal kerana muncul antara lokasi romantik untuk pasangan berbulan madu.

Setiap tahun festival ros diadakan sama ada pada akhir Februari atau awal Mac.

Ia antara acara kebudayaan utama bandar dan menarik perhatian beribu-ribu pengunjung.

Waktu terbaik mengunjungi taman itu pada Februari dan Mac kerana pada masa sama festival ros turut berlangsung.


No comments:

Post a Comment