26 Nov 2012

Tips Kulit Muka Berseri



Assalamualaikum semua :)

Harini saya nak share dengan korang tips untuk kulit muka berseri . Mesti ramai nak muka berseri kan ? Jom ..

1. Cuci wajah 2 kali sehari 

Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di wajah kita . Kalau jarang bersihkan nanti tumbuh pulak jerawat bertompok kat muka korang . Tapi jangan cuci wajah apatah lagi gosok wajah secara berlebihan kerana akan menghasilkan minyak yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah anda . Jadi, cuci wajah korang 2 kali sehari dengan sabun yang lembut dan sesuai dengan korang .

2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda 

Kalau kulit korang berminya gunalah kosmetik yang khas untuk kulit berminyak . Kalau kosmetik yang korang gunakan tak sesuai dengan jenis kulit korang nanti tumbuh jerawat pulak . So hati - hati dalam memilih kosmetik :)

3. Keringkan wajah dengan dengan tuala yang bersih 

Dah habis mandi atau cuci muka , lapkan wajah korang dengan tuala yang bersih sebab bakteria suka tempat yang lembab dan hangat .

4. Gunakan pelembab kulit 

Pelembab kulit membantu menyihatkan kulit kita terutama dari kulit kering dan pecah2 . 

5. Banyakkan makan buah dan sayur

Sayur - sayuran mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita . Perbanyakkanlah makan sayur dan buah, yang mengandungi vitamin E . Kalau kulit sihat jerawat susah nak tumbuh dan berkembang.






No comments:

Post a Comment