10 Apr 2012

Spageti sesuai untuk diet



SPAGETI dalam bahasa Itali dikenali sebagai ‘tali kecil’ yang dihasilkan daripada sejenis tepung semolina bersama air.
Makanan ini menjadi lambang masakan Itali dan sering dihidangkan bersama sos tomato mengandungi pelbagai rempah ratus seperti oregano, minyak zaitun, daging dan cendawan. 

Di Malaysia, spageti sudah dipelbagaikan cara masakannya iaitu digunakan dalam laksa Johor dan digoreng bersama masakan laut.
Spageti mengandungi kurang lemak berbanding mi kuning dan sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan
 diet.

Mempelbagaikan teknik memasak spageti menggunakan campuran sayur-sayuran mampu memberi khasiat kepada tubuh selain mengekalkan berat badan.

Menurut Chef Sous Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Chef Abdul Moit Samingan, makanan ini tidak harus dimasak terlalu lama supaya spageti tidak kehilangan zat yang banyak.

Bagi mengekalkan keasliannya, rebus spageti bersama secubit garam dan biarkan mendidih.

Kemudian angkat dan basahkan dengan air sebelum dihidangkan atau dimasak.

“Bagi mengetahui sama ada spageti benar-benar lembut, potong ketika masih di dalam periuk. Sekiranya mudah dikerat ini bermakna spageti sudah masak,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menggoreng spageti, sebaiknya tidak membiarkan terlalu lama di atas api bagi mengelak spageti terlalu lembut sehingga mengurangkan rasa

lemaknya. Ia sebaiknya dimasak dua atau tiga minit saja sebelum diangkat dan dihidangkan ketika masih panas.

Bagi mereka yang gemarkan spageti goreng, Chef Abdul Moit menunjukkan cara ringkas menyediakan spageti makanan laut ala Thai.



No comments:

Post a Comment